Ekoran persidangan ini, sebuah suruhanjaya perlembangan baharu
Tanah Melayu yang
dinamakan Suruhanjaya Reid
telah dibentuk. Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord
Reid. Ahli lain
dalam suruhanjaya ini ialah Ivor
Jennings dari
United Kingdom, William Mackell dari
Australia, B. Malik dari
India dan Halim
Abdul Hamid dari
Pakistan. Dalam proses menggubal perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu, suruhanjaya ini mestilah mengambil kira pandangan penduduk termasuk 131
memorandum bertulis yang
telah diterima daripada orang perseorangan dan berapa pertubuhan.
Akhirnya, perlembangaan
Persekutuan Tanah Melayu yang
digubal telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan pada 15 ogos 1957
dan berkuat kuasa pada 27 ogos
1957. Manifestasi terpenting mengenai kemerdekaan ini ialah ia merupakan persefahaman antara orang melayu dan orang bukan melayu. Dalam konteks ini, orang melayu bersetuju melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang bukan melayu, manakala orang bukan melayu harus akur dengan kedudukan
raja-raja melayu,
Islam sebagai
agama rasmi dan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi disamping jaminan kedudukan istimewa orang melayu. Persetujuan dan persefahaman ini merupakan gambaran pentingnya sikap bertolak ansur dan bertoleransi antara kaum.
No comments:
Post a Comment