Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari
1956, Tunku
Abdul Rahman bersama satu rombongan telah ke
London untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan.
Rundingan ini berlangsung di Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London.
Anggota rombongan terdiri daripada Tunku
Abdul Rahman, seorang setiausaha, empat orang wakil raja
(Dato’ Panglima
Bukit Gantang Haji
Abdul Wahab, Dato’ Nik
Ahmad Kamil, Encik
Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd.
Seth Mohd.
Said) dan empat orang wakil
PERIKATAN (Tun
Abdul Razak
Hussein, Tun Dr.
Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.
S. Lee, T. H. Tan dan Encik
Bahaman Shamsuddin
Hasil rundingan ini, Perjanjian
London telah ditandatangani pada 8 Februari
1956. Menurut perjanjian ini, tarikh kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos
1957.
No comments:
Post a Comment