Akhirnya persetujuan agar Persekutuan Tanah Melayu merdeka berjaya dicapai setelah Tunku berunding dengan Setiausaha
Negara bagi Koloni Jajahan
Britain, Alan Lennox-Boyd dan sejurus kembali ke tanahair, Tunku memilih untuk membuat pengumuman Kemerdekaan ini diBandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Ini bertepatan kerana Melaka merupakan negeri Melayu dijajah bangsa Eropah dan juga bekas neger-negeri Selat, jajahan
British pertama di
Tanah Melayu ini.
Maka dengan persetujuan mengenai Kemerdekaan yang berjaya dicapai antara Tunku dan Lennox-Boyd itu, Whitehall bersetuju memberikan Kemerdekaan dan Lord
Reid dipilih untuk merangka Perlembagaan dengan mengambil kira
input dari semua pihak. Suruhanjaya Reid
ini juga terdiri dari Ketua HakimIndia dan Pakistan dan
input terpenting yang
diambil kira ialah dari Raja
Raja Melayu dan
UMNO. Perlembagaan ini diterima pada awal Ogos 1957
dan Majlis Perundangan
Tanah Melayu meluluskan, mewartakan dan melaksanakan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Ogos
1957.
Pada tepat 12.01, 31 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan untuk selama lamanya dan Jalur Gemilang pula
dinaikan buat kali
pertama. Negaraku pertama kali
didengarkan dan negara baru
Persekutuan Tanah lahir dengan rasminya.
Pada 9.00pagi, hari yang sama, Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengetuai proses menanda-tangani instrumen Kemerdekaan dan mengisytiharkan Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu diStadium Merdeka. Turut hadir dan menanda-tangani instrumen Kemerdekaan tersebut adalah Raja
Raja Melayu dan wakil baginda
Queen Elizabeth II dan Kerajaan Britain,
Duke of Gloucester.
Melayu lahir dengan rasminya.

No comments:
Post a Comment