Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama perjuangan utama orang orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’ Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang orang Melayu untuk memimpin
UMNO. Peralihan ini melihatkan
slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini bermakna, orang orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan
Tanah Melayu dari
Great Britain.
Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra mewakili UMNO mengadakan kerjasama dengan Tan Cheng Lock, MCA dan V.T.
Sambanthan, MIC
dan mendapat mandat begitu kuat rakyat
Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama. Walaupun pengundi pengundi berdaftar dikalangan orang orang Melayu merupakan 84%,
tetapi Tunku dan UMNO
sedia bertolak ansur kerana ‘semangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasa’ dan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan, manakala MCA
15 dan MIC
2. Parti Perikatan menang besar 51 kerusi! Ini berjaya dicapai walaupun
Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis.
No comments:
Post a Comment