Monday, 21 September 2015

Pendahuluan

Hari ini Malaysia merayakan dan memperingati Kemerdekaan ke 50. Memahami, menghayati dan mendukung sejarah bagaimana Kemerdekaan itu dicapai amat penting agar kita semua bergerak kehadapan dengan jatidiri dan naluri yang jitu. Mungkin ramai, terutama golongan yang tidak melalui proses mencapai Kemerdekaan, tidak benar benar faham apa dan bagaimana kejayaan itu dicapai. Peranan orang orang Melayu merupakan tunggak utama dan tunjang bagaimana proses Kemerdekaan berjaya dijadikan realiti, sebagaimana yang kita kecapi hari ini.
Sejarah merakamkan bahawa Tentera Imperial Jepun menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 15 Ogos 1945. Instrumen menyerah kalah ini ditanda tangani pada pagi 2 September 1945diPelabuhan Tokyo, diatas kapal perang USS Missouri. British juga diwakili dalam upacara itu. Maka dengan itu, pentadbiran tentera British (British Military Administration – BMA) tiba dari India untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura.

Penubuhan persatuan melayu semenanjung Johor

Proses Kemerdekaan bermula apabila DatoOnn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu Semenajung Johor pada 3 Januari 1946) berjaya mengumpulkan orang orang Melayu (yang telahpun menunjukan ketidak-puasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Januari 1946), untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat.

Penubuhan UMNO

UMNO yang ditubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946 setelah pelbagai persatuan persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu diwakili dan datang bersidang dan meluahkan pendapat keatas isu isu berkenaan, berjaya ditubuhkan secara rasmi, setelah yang diberi naungan DYMM Sultan Sir Ibrahim Almahrum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru. Johor.

Objektif penubuhan UMNO

Objektif asalnya ialah untuk menolak Malayan Union dengan mengesa Raja Raja Melayu yang pada masa itu sudahpun menanda-tangani Perjanjian MacMichael, dimana British berjaya yang mendapatkanpersetujuanseorang demi seorang Raja Raja Melayu keatas cadangan Malayan Union bermula dari 20 Oktober 1945 sehingga 21 Disember 1946, walaupun ramai baginda Raja Raja sebenar tidak setuju dengan cadangan Malayan Union ini. Namun pemerintah BMA mengunakanugutanseperti mendakwa Raja Raja Melayu yang enggan bersetuju dan menanda-tangani Perjanjian MacMichael ini akan didakwa berkerjasama dengan pihak Tentera Jepun dan diturunkan dari takhta.

Objektif utama UMNO

Objektif utama UMNO semasa penubuhanya agar Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946 itu ditolak dan gagalkan. Ini kerana Malayan Union mengambil kuasa dan juriduksi sepenuhnya Raja Raja Melayu (kecuali hal ehwal ugama Islam dan adat resam Melayu), proses pemberian kerakyatan yang begitu longgar dan orang orang Melayu hilang taraf sebagai pribumi selamanya.

Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang orang Melayu diterajui DatoOnn yang berjaya ditunjukan bermula dengan perhimpunan di Batu Pahat pada 10 Februari 1946 dan kemudian setelah UMNO ditubuhkan ini berjaya mengesa Raja Raja Melayu untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union pertama dan ini adalah tindakan signifikan kerana pihak Whitehall mula memberikan perhatian serius kepada isu ini.

Signifikasi Penubuhan UMNO

Signifikan moral penubuhan UMNO dan kejayaan menafikan Malayan Union dari diteruskan, ini merupakan kali pertama  rakyat dikalangan orang  Melayu mengambil peranan penting dalam proses politik, yang selama ini merupakan peranan, hak dan kuasa mutlak dan eksklusif golongan keluarga DiRaja dan bangsawan sepenuhnya. Ini juga permulaan prosesdemokrasidiTanahMelayu, dimana rakyat kemudianya mempunyai hak dan kuasa menentukan masa depan mereka.

Perjanjian Persekutuan

Akibat kegagalan Malayan Union, wakil wakil Raja Raja Melayu, UMNO dan British telah berunding dan Perjanjian Persekutuan dimeterai pada 21 Januari 1948 diKing’s House (sekarang ini dikenali Carcosa Seri Negara) dimana Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan berjaya dicapai dan wujudkan pada 1 Feb 1948. Antara artikel artikel penting dari Perjanjian Persekutuan itu ialah pengwujudan Majlis Raja Raja Melayu, yang berhak membincangkan soal soal dasar Persekutuan Tanah Melayu seperti mengenai kemasukan dan kerakyatan orang orang dagang, rang undang berkenaan negeri negeri Melayu dan perkara perkara yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan itu.

Pengisytiharan Darurat

16 Jun 1948 memulakan lembaran baru dalam sejarah Tanah Melayu apabila tiga orang peladang Inggeris dibunuh dekat Sungai Siput, Perak oleh segerombolan pengganas komunis dan British mengisytiharkandaruratpada 28 Jun 1948. Perjuangan politik orang orang Melayu menjadi semakin sukar kerana keadaan darurat ini umpama keadaan dalam peperangan, walaupun orang orang Melayu menolak proses revolusi yang dibawa pengganas komunis.

Pengalihan Kepimpinan

Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama perjuangan utama orang orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah DatoOnn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang orang Melayu untuk memimpin UMNO. Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dariHidup MelayukepadaMerdeka”. Ini bermakna, orang orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari Great Britain.

Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra mewakili UMNO mengadakan kerjasama dengan Tan Cheng Lock, MCA dan V.T. Sambanthan, MIC dan mendapat mandat begitu kuat rakyat Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama. Walaupun pengundi pengundi berdaftar dikalangan orang orang Melayu merupakan 84%, tetapi Tunku dan UMNO sedia bertolak ansur keranasemangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasadan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan, manakala MCA 15 dan MIC 2. Parti Perikatan menang besar 51 kerusi! Ini berjaya dicapai walaupun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis.

Pilihanraya Umum pertama Tanah Melayu



Tunku menjawat Ketua Menteri, Tunku berhasrat untuk berunding dengan pengganas komunis setelah cara cara British menangani masalah ini selama tujuh tahun tidaklah begitu berkesan. Chin Tien, mewakili komunis telah menulis surat kepada Tunku untuk tujuan bertemu. Tunku kemudianya bertemu Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivary dan Pengarah Operasi Militari Lt. Gen. Geoffrey Bourne atas tujuan demikian dan mereka berkeras agar pertemuan dengan Chin Peng tidak diadakan. Namun Tunku meneruskan pertemuan itu dan akhirnya mereka bertemu dan berunding diBaling, Kedah pada 28-29 Disember 1955.
Rundingan itu memberikan kefahaman kepada Tunku matlamat sebenar Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu menjadikan Tanah Melayu ini sebuah negara komunis dan Chin Peng menolak cadangan agar PKM dibubarkan dan pengampunan beramai ramai pengganas komunis. Walaupun Rundingan Baling ini gagal, namun ianya memperlihatkan sikap Tunku yang mengutamakan proses perundingan sebagai selesaian kepada apa apa masalah.

Rundingan Kemerdekaan


Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan Raya Umum 1955 telah membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman bersama satu rombongan telah ke London untuk membuat rundingan tentang kemerdekaan.
Rundingan ini berlangsung di Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London.
 
Anggota rombongan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, seorang setiausaha, empat orang wakil raja (DatoPanglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab, DatoNik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan DatoMohd. Seth Mohd. Said) dan empat orang wakil PERIKATAN (Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H. S. Lee, T. H. Tan dan Encik Bahaman Shamsuddin
Hasil rundingan ini, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Menurut perjanjian ini, tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditetapkan pada 31 Ogos 1957.