Monday, 21 September 2015

Pengalihan Kepimpinan

——Apabila UMNO sendiri sebagai wadah dan tunggak utama perjuangan utama orang orang Melayu mengalami proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato’ Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden) meletakan jawatanya pada Ogos 1951, seorang putera raja, Tunku Abdul Rahman Putra pula diangkat oleh orang orang Melayu untuk memimpin UMNO. Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”. Ini bermakna, orang orang Melayu mula bergerak secara serius untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari Great Britain.

—Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra mewakili UMNO mengadakan kerjasama dengan Tan Cheng Lock, MCA dan V.T. Sambanthan, MIC dan mendapat mandat begitu kuat rakyat Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama. Walaupun pengundi pengundi berdaftar dikalangan orang orang Melayu merupakan 84%, tetapi Tunku dan UMNO sedia bertolak ansur kerana ‘semangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasa’ dan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan, manakala MCA 15 dan MIC 2. Parti Perikatan menang besar 51 kerusi! Ini berjaya dicapai walaupun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis.

No comments:

Post a Comment